Plan
ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun
ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara
pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti
berikut:
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%
Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu
- Family Income Benefit
Manfaat
ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda
kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya
kekal keseluruhan (TPD).
- Spouse Contributor
Manfaat
ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan
anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang
upaya kekal keseluruhan.
- Parent Contributor
Manfaat
ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau
bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang
upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya,
pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan
sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan
disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan
caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan
kewangan dan sebagainya.
Selain
itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin
memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada
pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik,
tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit
manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan
majikan.
No comments:
Post a Comment