Sunday, December 16, 2012

Medical Card Takaful Health 2



Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health 2 adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Takaful Health 2 adalah seperti berikut :


1. Manfaat rawatan dalam hospital 
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 10 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 25, 70, 80 atau 100 tahun mengikut pakej.
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable) tak perlu renew tiap-tiap tahun seperti kad yang biasa dipasaran.
  • No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health 2
    • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health
    • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health 2) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH2 250. Pada tahun 2012, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. Pada tahun 2013 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2014.
    • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2012, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2013. Kemudian, pada tahun 2013, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2014. dan begitulah seterusnya.
    • Plan yang amat unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang. hubungi saya di talian 019.388.6273 untuk mendapat maklumat lanjut.
  • Annual Limit Waiver - Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad. 
  • Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup.
  • Sebagai contoh, plan TH2 150 (lihat Takaful Health 2 utk lebih details) , had tahunan RM 50,000 dan had seumur hidup RM 500,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 50,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 50,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 50,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 50,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 500,000.
  • Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 50,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
  • Untuk yang lebihan daripada 50,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 50,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 50,000. Utk bil selebihnya RM 24,000 (i.e 100K - 50K -1K = 49K)...10% daripada RM 49,000, i.e RM 4,900 client kena bayar, dan RM 44,100 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 4,900= RM 5,900)...PruBSN bayar (RM 50,000 + RM 44,100 = RM 94,100)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
  • TH Auto Upgrade 
    • Risau tentang kenaikan kos perubatan setiap tahun? kami juga menyediakan kad perubatan TH2 dengan manfaat Auto-Upgrade pada tahun ke 5 & ke tahun 10. Membolehkan anda memiliki kad yang lebih tinggi nilainya walaupun anda telah mengemukakan tuntutan untuk kos perubatan sebelum nie. Berjumpalah dengan agent untuk mengetahui lebih lanjut manfaat terbaru ini. 
  • TH Overseas (Manfaat tambahan untuk rawatan di luar negara)
    • TH Overseas ini akan membayar manfaat berikut sekiranya berlaku kemasukan hospital disebabkan pembedahan berkaitan dengan kanser, pembedahan saraf, pembedahan pintas arteri koronari,pembedahan injap jantung atau pemindahan organ sebelum umur 70 semasa Orang Dilindungi berada di luar negara.
    • Termasuk Singapura, Hong Kong, China dan India. Kelulusan awal perlu didapatkan dari PruBSN sebelum meneruskan rawatan di luar negara.
    • Terdapat 2 jenis plan GOLD dan PLATINUM. Sila rujuk jadual dibawah.
THO Tables
  • Ko-Takaful atau 'Pengkongsian Kerugian' bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful.
    • Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical)KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
      • Contoh 1: Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700
      • Contoh 2: Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
      • Contoh 3 : Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU dan elaun Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. 

2.  Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. 

Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

3.  Apakah Pengecualiannya?

1. Kecederaan diri yang disengajakan.

2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.

4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.

5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).

6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.

7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.

8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.

9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.

10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.

11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.

12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

Nota Penting :
  • Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.
  • Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specific Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut:
    • Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular.
    • Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
    • Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
    • Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele.
    • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan.
    • Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
  • Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
  • Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...