Sunday, December 16, 2012

Manfaat Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus


MANFAAT TAKAFUL PUTERI
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink). Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus. Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu :


Pelan Takaful Puteri menawarkan : 
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

 

MANFAAT PENJAGAAN WANITA 

Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Kanser berkaitan wanita :
    • Kanser Payudara 
    • Kanser Uterus Serviks
    • Kanser Tiub Falapio
    • Kanser Tiub Falapi
    • Kanser Ovari
    • Kanser Uterus
    • Kanser Vagina/Vulva
    • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.


  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan 
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar

Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) 
  • Kehamilan Ektopik
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan)
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari)
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran) 
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi :
  • Sindrom Down
  • Kecacatan Vetrikel Septum
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Spina Bifida
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...