Sepanjang saya menceburkan diri
dalam bidang Takaful, ini merupakan perkara yang selalu ditanya oleh
prospect atau client. Macam mana nak claim? Berapa lama boleh dapat
claim? Cepat ke lambat? Senang ke susah? dan selalu menjadi tempat
luahan perasaan dimana betapa susahnya untuk claims dan tak kurang pula
diherdik dengan pernyataan "Takaful ini semuanya penipu!"...malu juga la
bila diherdik sebegitu, namun pengalaman mematangkan
seseorang...ungkapan standard yang selalu saya ucapkan kepada
bakal-bakal prospect tentang "kebolehtuntutan" sesuatu polisi itu
adalah..."Tuan, client saya yang masuk Hospital Pusrawi sebab cirit
birit pun boleh claims" (^^,) memang kelakar...namun percayalah kerana
ianya satu kebenaran.
Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.
Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.
1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula
dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client
perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad
pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk
hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan
resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran
semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...
2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan
perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang
layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan
kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN
hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan
salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda
ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad
selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun
hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil
dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh
dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit
asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan
bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan
membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya
bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia
tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor
yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian
dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris
hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang
berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen
dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi
setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau
saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful
dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka
boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas.
Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak
hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku
bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada
unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada
jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan.
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah
lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada
syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai
contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan
disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar
No comments:
Post a Comment