Sunday, December 16, 2012

Kenapa Anda Perlukan Insurans? 10 Sebab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, disini saya cuba senaraikan antara 10 SEBAB UTAMA mengapa setiap anda harus mempunyai pelan insurans perlindungan kesihatan.

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga


Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan sekiranya ditimpa musibah atau kecelekaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya


Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas dengan jumlah tunai yang akan diperolehi.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak


Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan


Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan


Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri


Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang


Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga


Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh


Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan


Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.



Tepuk dada tanya pada selera anda. Insurans hari ini adalah satu keperluan. Ada juga kalanya dikalangan yang saya temui memberikan alasan "saya tidak minat.....". Ini bukan soal minat atau tidak. Ia adalah satu keperluan. 

Saya sekadar berkongsi pengalaman diatas kesedaran apabila musibah menimpa adik saya sendiri dan dapat dibayangkan bagaimana beban itu terpaksa kita hadapi. InsyaAllah, saya akan cuba masukan foto-foto adik saya setelah mendapat kebenaran dari beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...